Pada 22 Oktober 2009 iaitu semalam (Khamis), Panitia Agama Islam bergabung tenaga dengan guru-guru SKJG telah mengadakan Pertandingan Akhir Jawi SKJG untuk memilih pemenang Hadiah Utama..Pertandingan berlangsung selama dua minggu lebih, di mana acara saringan dijalankan mengikut kelas.
Antara kategori yg dipertandingkan adalah Menukar Teks Rumi ke Jawi, Menyambung huruf yang tertinggal, Mencari huruf hijaiyyah yang tersembunyi, Imla' dan pada peringkat akhir, seramai 8 peserta telah dipilih untuk merebut hadiah utama yang berupa sebuah basikal..Peserta dikehendaki membaca teks tulisan jawi on the spot..Dan Adik Ummu Ruqayyah dari Tahun 6K telah muncul sebagai pemenang.Alfu mabruk diucapkan..Semoga Adik Ummu akan terus cemerlang dalam akademik mahupun ko-kurikulum..
Peserta Tahun 3
Juga wakil dari Tahun 3
Peserta Tahun 4
Peserta Tahun 5
Peserta Tahun 6
Pemenang Hadiah Utama, Adik Ummu Ruqayyah
Basikal yang dimenangi oleh Adik Ummu..Tetapi dengan
ikhlas hatidia menghadiahkan basikal itu kepada kawannya iaitu
Adik Fatimatul Zahraa yang baru saja kematian ibu..
Semoga Allah memberkati hidup Adik Ummu